Selasa, 19 Februari 2013

Kuat sangkaan saya bahawa Yahudi itu membaca dan mengkaji al Quran dan Sunnah Nabi Sallallahu alaihi wasallam. Seseorang bercerita suatu debat di antara Muslim dan Yahudi di German. Yahudi itu kelek Sahih Bukhari versi asal untuk dijadikan bahan hujjah dan rujukan! 


Kembali kepada isu cahaya. Dalam Surah al Ma'arajij ayat 4 Allah cerita cepatnya dan pantas para malaikat dan Jibril naik ke langit mengadap Tuhan dalam satu malam. Yang bersamaan 50 ribu tahun perjalanan manusia.

Apa kaitan dengan cahaya? Jangan kita lupa bahawa malaikat itu diciptakan dari cahaya sebagaiman diriwayatkan oleh Aisyah dalam Sahih Muslim.

Saya amat yakin bahawa teori ini berasal dari hadis ini. Hanya sahaja Yahudi sengaja membenamkan sumber yang sebenar.

Khabarnya meteor yang menimpa Russia kelajuannya 40 ribu batu sejam.

Allah berfirman dalam Surah al-Baqarah, ayat 146 :

الَّذِينَ آتَيْنَاهُمُ الْكِتَابَ يَعْرِفُونَهُ كَمَا يَعْرِفُونَ أَبْنَاءَهُمْ ۖ وَإِنَّ فَرِيقًا مِنْهُمْ لَيَكْتُمُونَ الْحَقَّ وَهُمْ يَعْلَمُونَ

Maksudnya : "Orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah Kami beri Al Kitab (Taurat dan Injil) mengenal Muhammad seperti mereka mengenal anak-anaknya sendiri. Dan sesungguhnya sebahagian diantara mereka menyembunyikan kebenaran, padahal mereka mengetahui"

0 komentar:

Posting Komentar